CUTI SAKIT

Saya tidak sihat. Doktor bagi cuti dua hari. Rasanya sudah terbiasa bekerja, sampaikan seharian di rumah rasa sangat bosan. Mahu kemas rumah, tapi badan tak larat. Tiba-tiba rasa sedih, sebab sendirian begini ketika sakit. Mahu mak, mahu 'dia'. Tadi mulanya memang tidak mahu beritahu mak, tapi mak dah terlebih dahulu telefon, dengar suara saya lain, dia tanya kenapa. Mak suruh balik. Tapi saya mahu turun kerja esok. Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Banyak sangat. Hari Sabtu nanti ada sekolah ganti. Ada program gotong-royong perdana. Okay, berbalik pada sakit tadi. Saya sangat payah makan ubat. Everyone is aware of that. Bagi saya, saya lebih suka sembuh naturally. Banyak la naturally. Mana tak sakit lama-lama. Sebab tu bila saya sakit, akan ada beberapa orang yang dari masa ke semasa akan ingatkan saya untuk makan ubat. Mak, 'dia'. Tak habis-habis telefon. Asal semua orang tahu, saya makan ubat bila saya rasa saya sudah sakit teruk. Macam sekarang, tadi saya makan ubat. Maknanya saya rasa saya sudah sakit teruk. Demam dah rasa makin kurang. Esok boleh la turun kerja.

P/S: Jangan la buat saya geram waktu saya sakit. Potong rambut karang.

No comments: