DIA BATMAN SAYA

Semalam Batman hantar MMS. Ingatkan gambar syok sendiri dia.haha Tengok-tengok, dia hantar gambar bunga. Tak sangka. *senyum* Dia dah makin open sekarang. 3 tahun lepas, jangan harap la nak dapat gambar bunga, bunga betul apatah lagi. Masa konvo tahun lepas dia bagi. Seronok betul rasa masa tu. Dapat 3 sekali. Mak bagi satu, kakak bagi satu, dia bagi satu. Seronok.

Dah lebih setahun dok jauh. Dulu tak confident jugak boleh tahan sampai sekarang. Tapi Alhamdulillah, okay je. Senang je, aku faham kerja dia, dia faham kerja aku. Nasib aku baik dapat bakal suami yang faham. Bila dia balik kerja, dia call aku, dia akan tanya, how's my day. Aku cerita kat dia, apa yang seronok, apa yang tak seronok kat sekolah. Dia pun sama. Bila dia pergi main bola, baliknya aku akan tanya, how's his game. Dia menang, dia happy, dia kalah, dia mengadu. Comel je. Lagipun, kitorang banyak tolak ansur. Aku rasa itu yang paling penting. Aku happy dengan keadaan sekarang. Everything is going well between us. Lagi 2 tahun. Sabar-sabar.

DIA GEMBIRA SEBAB DIA NAK CUTI

Pagi tadi aku turun sekolah dengan gembiranya. Aku tak tau kenapa, I just kept smiling. Mak cik aku yang sama cikgu kat sini siap tegur aku sebab dia nampak aku happy semacam. Maybe sebab tinggal berapa hari lagi untuk kontrak habis, tu yang aku happy semacam. Lepas ni aku tak plan nak minta kerja kat mana-mana, aku nak rehat je kat rumah. Dok rumah diam-diam. Nak tolong mak aku kemaskan rumah. Bulan 12 nanti cousin aku nak kahwin, dia buat majlis kat kampung. Aku ingat nak kemas bilik abang aku. Nanti ada la bilik extra untuk kitorang. Mana tau Batman aku tu nak datang. *senyum* Aku rasa tak sabar nak habiskan kontrak aku. Boleh la aku berehat. Aku nak spend masa kat rumah ngan mak aku. Bukan apa, nanti bila adik-beradik aku yang lain tu balik, mak aku tumpu kat diorang je. Mentang-mentang aku kerja dekat, balik rumah selalu. Sabar je la. Aku sekarang dengan sabarnya tunggu gaji masuk. Bulan lepas aku tak bagi kat mak aku, rasa macam serba-salah pun ada, sebab sebelum ni aku bagi kat mak aku tiap-tiap bulan.

Jap, aku nak lari topik. Aku tiba-tiba teringat. Semalam ada sorang cikgu tu, dia selamba je kentut. Siap ada bunyi lagi tu yang tak tahan. Lepas tu boleh dia buat muka tak tau, then jalan terus. Aku rasa nak tergelak pun ada. Selamba betul.

Okay, on-track balik. Aku tak sabar nak tunggu cuti. Hujung bulan 11 kakak aku konvo. Aku dengar haritu diorang plan nak konvoi kereta pergi KK. Kalau betul diorang nak naik kereta, aku ingat nak ikut. Batman aku pun nak ikut. Okay lah tu kan, ada jugak orang nak tolong drive. Aku rasa naik kereta lagi jimat daripada naik flight. Bayar duit minyak je. Naik flight beratus-ratus. Diorang yang lain tu confirm nak ikut jugak.

GHIBAH

Aku jarang online sekarang. Jadi bila aku dapat online, apa-apa yang aku dah tulis sebelum ni, aku post semua. Nak beli broadband tak mampu. Gaji bila nak masuk tak tau lah. Semalam aku baca dalam majalah, satu artikel mengenai madu dan racun lisan. Tapi dia banyak tulis pasal yang racun tu lah. Alhamdulillah, banyak ilmu aku dapat. Bila dah baca aku sedar, ada sesetengah perkara tu memang aku ada buat, satu tu memang selalu lah, aku mengaku. Ghibah namanya. Ghibah ni sama ertinya dengan mengumpat dan gosip. Aku tak perfect, memang aku selalu mengumpat orang lain. Gosip jangan cakap la, kalau ada peluang, bukak beautifulnara.hahaha Okay, dari segi hukum, ghibah adalah haram. Allah SWT mengumpamakan orang yang gemar mengumpat dan bergosip ini adalah mereka yang makan daging saudara mereka yang sudah mati. Aku jadi takut bila baca. Aku berdoa moga-moga lepas ni aku dapat elakkan diri aku dari mengumpat ni. Aku bukan nak tujukan benda ni pada siapa-siapa. Cuma untuk mengingatkan aku sendiri, biar tak alpa dengan benda dunia.

P/S: aku happy dengan perubahan yang aku buat sekarang.

KAU TU SEMPURNA

Dah penat mengejar sempurna. Makin dekat, ada yang lagi sempurna. Sudah-sudah lah, sampai bila-bila takkan jumpa yang betul-betul sempurna. Kita semua kejar sempurna. Takkan berhenti larian sempurna kita, sampai habis nafas pun takkan jumpa. Kita manusia, memang tak pernah puas, sudah ada yang 'good', kita mahu yang 'better'. Sudah jumpa yang 'better', kita mahu yang 'best' pulak. Lepas 'best', apa lagi?

Okay, ni cerita lain, bukan pasal sempurna-kesempurnaan. Hari Selasa ada satu kelas je, kelas 5A/B. Nak buat ujian topikal. Tapi bila fikir balik, bukan budak-budak nak buat betul-betul, sebab diorang dah tak ada rasa nak belajar, nak-nak kelas 5A. Macam biasa, budak 5B sampai awal. Malas nak tunggu, aku start kelas. Masuk sorang-sorang budak 5A. Tak tau nak buat apa, diorang start cakap-cakap. Malas nak tegur, teruskan mengajar yang 5B. Sampai separuh masa, nak cari jawapan dalam buku rujukan, aku panggil Khaizil, Hirwandy, Azman dan Shafiq. Aku bagi buku rujukan satu setiap seorang. Aku bahagi-bahagikan bahagian dalam kertas soalan tu kat diorang, aku suruh cari jawapan dalam buku rujukan. Mula-mula diorang merungut, tapi aku buat tak tau. Azman cakap tak jumpa jawapan dalam buku rujukan, aku tolong dia cari. Shafiq pun sama. Lepas aku tolong, aku tengok diorang start cari jawapan. Tekun je aku tengok diorang cari jawapan tu. Aku senyum. Aku rasa puas hati. Diorang start buat kerja. Hirwandy paling tekun. Tak cakap sepatah pun, kecuali minta tolong aku carikan jawapan bila dia tak jumpa. Kadang-kadang dengan orang macam diorang ni, tak perlu nak berkasar sangat. Aku cakap elok-elok ngan diorang, diorang dengar. Hari tu aku balik rumah rasa puas hati sangat-sangat. Tak banyak pun, diorang dapat belajar sikit-sikit haritu. Aku puas hati, aku gembira.

P/S: moga aku istiqamah dalam melakukan perubahan ini, insyaAllah.

OTAK - JIWA

Otak dah penat. 
Jiwa dah lelah.

Makin dewasa, makin banyak benda kena fikir. Makin banyak perkara kena consider. Masalah datang tak kira masa. Bukan peduli, kita senang, kita susah. Macam-macam masalah. Masalah diri sendiri, masalah dengan boyfriend/girlfriend, masalah dengan mak bapak, masalah dengan adik beradik, masalah tempat kerja, macam-macam. Tapi kita kena faham, Tuhan bagi kita semua tu untuk kita belajar. Aku tengah cuba nak faham. Faham yang hidup ni Tuhan dah atur untuk kita. Dulu aku selalu nak salahkan yang kat atas tu, sebab aku susah sikit dari adik-beradik aku yang lain. Kenapa aku stuck kat sini. Sekarang dah tak lagi. Aku dah faham sikit-sikit kenapa jalan hidup aku macam ni. Mungkin Tuhan nak bagi aku senang kemudian hari, tu yang Dia buat aku susah sekarang. Biar bila aku dah senang nanti aku tak lupa yang aku pernah susah dulu. Ya, mungkin macam tu. Think positive kata kakak aku. Aku yakin yang aku boleh ubah diri aku, hidup aku, cuma aku kena selalu bersandar kat Dia, biar aku tak jatuh. Aku harap aku istiqamah dalam buat benda-benda baik macam ni. InsyaAllah.

Ni untuk ingatan aku sendiri.


The Rules For Being Human 

1. You will receive a body. You may like it or hate it, but it will be yours for the entire period of this time around. 

2. You will learn lessons. You are enrolled in a full-time informal school called Life. Each day in this school you will have the opportunity to learn lessons. You may like the lessons or think them irrelevant and stupid. 

3. There are no mistakes, only lessons. Growth is a process of trial and error: Experimentation. The "failed" experiments are as much a part of the process as the experiment that ultimately "works." 

4. A lesson is repeated until learned. A lesson will be presented to you in various forms until you have learned it. When you have learned it, you can then go on to the next lesson. 

5. Learning lessons does not end. There is no part of life that does not contain its lessons. If you are alive, there are lessons to be learned. 

6. "There" is no better than "here." When your "there" has become a "here," you will simply obtain another "there" that will again look better than "here." 

7. Others are merely mirrors of you. You cannot love or hate something about another person unless it reflects something you love or hate about yourself. 

8. What you make of your life is up to you. You have all the tools and resources you need. What you do with them is up to you. The choice is yours. 

9. Your answers lie inside you. The answers to Life's questions lie inside you. All you need to do is look, listen and trust. 

10. You will forget all this.


P/S: Moga kita tak lupa.

HAPPY BIRTHDAY TO ME

I'm twenty-two years old today. Huh, dah makin tua, makin dekat nak kahwin. Gatai! My wishes? I don't really have one in particular somehow. Just hoping to be better, like in everything. Thanks to those yang wish, lots of love to you guys.