KAU TU SEMPURNA

Dah penat mengejar sempurna. Makin dekat, ada yang lagi sempurna. Sudah-sudah lah, sampai bila-bila takkan jumpa yang betul-betul sempurna. Kita semua kejar sempurna. Takkan berhenti larian sempurna kita, sampai habis nafas pun takkan jumpa. Kita manusia, memang tak pernah puas, sudah ada yang 'good', kita mahu yang 'better'. Sudah jumpa yang 'better', kita mahu yang 'best' pulak. Lepas 'best', apa lagi?

Okay, ni cerita lain, bukan pasal sempurna-kesempurnaan. Hari Selasa ada satu kelas je, kelas 5A/B. Nak buat ujian topikal. Tapi bila fikir balik, bukan budak-budak nak buat betul-betul, sebab diorang dah tak ada rasa nak belajar, nak-nak kelas 5A. Macam biasa, budak 5B sampai awal. Malas nak tunggu, aku start kelas. Masuk sorang-sorang budak 5A. Tak tau nak buat apa, diorang start cakap-cakap. Malas nak tegur, teruskan mengajar yang 5B. Sampai separuh masa, nak cari jawapan dalam buku rujukan, aku panggil Khaizil, Hirwandy, Azman dan Shafiq. Aku bagi buku rujukan satu setiap seorang. Aku bahagi-bahagikan bahagian dalam kertas soalan tu kat diorang, aku suruh cari jawapan dalam buku rujukan. Mula-mula diorang merungut, tapi aku buat tak tau. Azman cakap tak jumpa jawapan dalam buku rujukan, aku tolong dia cari. Shafiq pun sama. Lepas aku tolong, aku tengok diorang start cari jawapan. Tekun je aku tengok diorang cari jawapan tu. Aku senyum. Aku rasa puas hati. Diorang start buat kerja. Hirwandy paling tekun. Tak cakap sepatah pun, kecuali minta tolong aku carikan jawapan bila dia tak jumpa. Kadang-kadang dengan orang macam diorang ni, tak perlu nak berkasar sangat. Aku cakap elok-elok ngan diorang, diorang dengar. Hari tu aku balik rumah rasa puas hati sangat-sangat. Tak banyak pun, diorang dapat belajar sikit-sikit haritu. Aku puas hati, aku gembira.

P/S: moga aku istiqamah dalam melakukan perubahan ini, insyaAllah.

No comments: